Tuesday, February 8, 2011

al-kisah Cawan..

urusan seri paduka baginda diperkatakan...
asalmualaikum..salam 1 malaysia...rasanya klau ada Anugerah blog paling bersawang kat dunia ni, hamba rasa blog ni msti dalam senarai antara blog yang bersawang didunia..!eheh..hamba adalah antara jagung2 yg baru berputik keluar dari hayatnya dalam dunia per'BLOGan ni....so, perkara ini membuatkan hamba terkial-kial mencari apa yang hamba harus tulis atau pasarnya mende pe nk tulis ni..??(rase mcm 2 perkara yang sama je kan..)...untuk permulaaan hamba rasa nak entriKAN prkara simple' je dulu.. bak kata org2 tua.."sikit2 lama2 jadi bukit'..insyaallah..
Ada suatu hari itu, hamba  tertarik dengan satu kisah yang hamba baca dari sebuah buku terbitan bulanan yang sememangnya popular dimalaysia ni...so, hamba nk kongsi ngan tuan hamba  sume... al kisahnya beberapa sahabat lama yg telah sama2 pergi ke rumah guru yg penah mgajar dorang mase dorang sekolah dulu2.Sememangnya guru dorang ni sgt gembira ngan kehadiran bekas anak2 muridnya ini.. dalam2 gembira tu dorang bersembang mengenai apa yg dorang dah lalui selepas tamat persekolahan, maklum la masing2 mempunyai kerjaya sendiri...so berbagai-bagai yg dorang discuss" ngan guru dorang. antaranya hal kehidupan dorang sendiri, soal ditempat kerja,syarikat rugi,kegarangan bos dorng yg gle kuasa, keluarga, masalah kewangan, politik zaman ini dsb, sume serba serbi kurang bg mereka walaupun mereka masing2 mempunyai kerjaya yg tidak kurang hebat hendaknya...hmmm...guru  dorg hanya mendengar dan tersenyum melihat telatah bekas anak2 muridnya itu...........
Hendak dijadikan cerita..guru tadi telah jamukan dorang ni dengan minuman, si guru membawakan mereka 1 jag air dengan beberapa buah cawan utk bekas anak2 muridnya, tapi yang peliknya..cawan yang diberikan oleh guru mereka ini berlainan patern" dan warna, ada yg cantik dan buruk rupa...(cikgu ni sengkek ke?) maybe ini yg mereka fikir tentang perkara yg berlaku itu. Dorang sume buat2 xfaham dan terus mengambil cawan tersebut serta tinggalkan cawan2 yg lebih.....
Hendak dijadikan cerita, si guru menyampuk tentang satu perkara "Jika kamu lihat,sume cawan yg cantik dan mahal telah diambil oleh kamu semua, hanya yg tinggal cawan yang buruk dan murah.. Begitula lumrah kehidupan yg mana kita hanya memilih yg tercantik menurut pandangan mata, walhal itu la yg menjadi punca masalah dan tekanan dlm kehidupan kita ini...apa yg kamu perlukan yg sebenrnya adalah air bukan cawannya. Dalam tidak sedar kamu memilih cawan yg cantik sahaja" kata si guru.. Si guru menambah, kehidupan ibarat air manakala  kerja,wang ringgit, pangkat ibarat cawan yg berbagai bentuk dan warna..kalau kita hanya mnumpukan cawan kita tiada masa untuk menghargai dan menikmati air itu.." ujarnya....

Hamba tersedar dengan kisah berikut....bagaimana ngan tuan hamba sume...? peace yoo...