Sunday, August 14, 2011

Atuk korang hape pon xblehh...

Gambar; cucu ku sitanggang


Salam, sambil pekena secawan kopi..meh kita share entry bru dari GB neh..
Al-kisah Tiga orang budak di dalam sebuah sekolah tadika sedang asyik bercerita tentang kehebatan atok masing-masing. Cikgu Siti sekadar mendengarnya dari kejauhan.

Utet: Atok aku hebat dan kuat! Atok aku boleh menyelam lama sampai satu Jam tak timbul! Semua orang kampung kenal atok aku yang hebat!

Upet: Atok aku lagi hebat! Minggu lepas atok aku tempeleng kerbau mengamuk! Sampai sekarang kerbau tu tak bangun-bangun lagi

Upin: Atuk Upet tak hebat! Lepas atok upet tempeleng kerbau tu, Atuk aku tangkap Atuk Upet, sebab dia tempeleng Kerbau orang! Atuk Upet sampai sekarang kat dalam lokap tak keluar lagi! Atuk akulah lagi hebat!

Upet: Mana boleh! Atuk Upin jahat tangkap atuk orang mana aci! kita lawan pakai kehebatan bukan pakai jawatan! Atuk Upin Polis memanglah boleh tangkap orang!

Utet: Takpe-takpe, jom kita tanya Cikgu Siti, Atok Siapa yang lagi hebat nak tak?

Mereka bertiga pun bersetuju dan bertanya kepada Cikgu Siti yang sedari tadi hanya memandang dan mendengar dari kejauhan.

Mereka bertiga bertanya serentak kepada Cikgu Siti

"Cikgu, cikgu.... Antara atok kami bertiga atok siapa paling hebat?!"

Cikgu Siti: Atok Cikgu paling hebat! Atok korang tak hebat!

"Kenapa pulak?!!" Tanya budak-budak kecil yang comel itu serentak.

Cikgu Siti: Atok Cikgu, dah 20 tahun kena tanam dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.

"Hebatnya........!" Kata mereka serentaak

kuikuikkui

pssst>> Dari tanah ke tanah kita neh..Dont forget  it!

Saturday, August 13, 2011

AN NE!!!




Gambar: Dilarang Drift


Assalamualaikum, sambil menghirup secawan kopi, jom share story lawak nih..weeee
Seorang pegawai polis sampai ditempat kemalangan. kelihatan seorang lelaki tua india terbaling lemah ditepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan. tanpa mengelidik lebih lanjut, pegawai polis tadi memangku lelaki india itu dengan rasa sayu dan mula bertanya beberapa soalan.

polis : anne, apa pasal boleh eksiden?
india : semua orang gila tuan, bawa laju2.
polis : (lagi sayu) siapa bawa laju anne?
india : saya dari rumah, bawa itu motor, pegi kedai.
polis : Ooo...
india : saya pigi kedai. balik kidai saya bawa motor. ada lori, laju. banyak laju, makan saya punya jalan. mau langgar saya punya motor. nasib baik saya sempat elak. tarak jadi eksiden.
polis : banyak nasib baik anne. abis siapa langgar anne?
india : belum abis cerita la tuan. lagi, satu kereta makan saya punya jalan. mau langgar saya punya depan, saya elak. tarak jadi langgar.
polis : pergh.... nasib baik. jadi siapa yang langgar?
india : itulah tuan. dua kali saya boleh elak. lalu itu selekoh, ada satu pokok. bawa banyak laju. saya sudah banyak kali hon sama dia, dia tarak pigi tepi. boommmm, itu pokok sudah langgar saya. itulah cerita tuan.
polis : chit.... confirm mabuk todi haram ni. konstabel, gari anne ni, check level alkohol dia sekali. buang masa je aku simpati.

kuikuikui....


pssstt> Minum sirap ais lagi layann..


credit to>>Ayat terbaik dari Ladang



Sunday, August 7, 2011

Nak kawen lagi TAk??


Gambar hiasan

Sambil menghirup secawan kopi, mai layan ini cerita.......
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…
kuikuikui

ihsan>mytukangcat
psssstt:: sumbangnyer......!!~~~~



Thursday, August 4, 2011

KRinnnggg Dimalam Pertama

Sambil pekena secawan kopi, C2k nak share story sorang mamat ni dekat korang..weeee


Al kisah pada hari persandingan suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!

kuikuikuikui!!


Pssst::~~sebelum On" buka hadiah dulu beb..takot ada hadiahkan bom~~

Cerita Lumpur

Sambil pekena secawan kopi, C2k nak kongsi cerita ckit..weeeeee




Al kisahSeorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah
."


kuikuikuikui!!

pssstt::~~ datang dari tanah kembali pada tanah, dont Forget it k! ~~~



Tuesday, February 8, 2011

al-kisah Cawan..

urusan seri paduka baginda diperkatakan...
asalmualaikum..salam 1 malaysia...rasanya klau ada Anugerah blog paling bersawang kat dunia ni, hamba rasa blog ni msti dalam senarai antara blog yang bersawang didunia..!eheh..hamba adalah antara jagung2 yg baru berputik keluar dari hayatnya dalam dunia per'BLOGan ni....so, perkara ini membuatkan hamba terkial-kial mencari apa yang hamba harus tulis atau pasarnya mende pe nk tulis ni..??(rase mcm 2 perkara yang sama je kan..)...untuk permulaaan hamba rasa nak entriKAN prkara simple' je dulu.. bak kata org2 tua.."sikit2 lama2 jadi bukit'..insyaallah..
Ada suatu hari itu, hamba  tertarik dengan satu kisah yang hamba baca dari sebuah buku terbitan bulanan yang sememangnya popular dimalaysia ni...so, hamba nk kongsi ngan tuan hamba  sume... al kisahnya beberapa sahabat lama yg telah sama2 pergi ke rumah guru yg penah mgajar dorang mase dorang sekolah dulu2.Sememangnya guru dorang ni sgt gembira ngan kehadiran bekas anak2 muridnya ini.. dalam2 gembira tu dorang bersembang mengenai apa yg dorang dah lalui selepas tamat persekolahan, maklum la masing2 mempunyai kerjaya sendiri...so berbagai-bagai yg dorang discuss" ngan guru dorang. antaranya hal kehidupan dorang sendiri, soal ditempat kerja,syarikat rugi,kegarangan bos dorng yg gle kuasa, keluarga, masalah kewangan, politik zaman ini dsb, sume serba serbi kurang bg mereka walaupun mereka masing2 mempunyai kerjaya yg tidak kurang hebat hendaknya...hmmm...guru  dorg hanya mendengar dan tersenyum melihat telatah bekas anak2 muridnya itu...........
Hendak dijadikan cerita..guru tadi telah jamukan dorang ni dengan minuman, si guru membawakan mereka 1 jag air dengan beberapa buah cawan utk bekas anak2 muridnya, tapi yang peliknya..cawan yang diberikan oleh guru mereka ini berlainan patern" dan warna, ada yg cantik dan buruk rupa...(cikgu ni sengkek ke?) maybe ini yg mereka fikir tentang perkara yg berlaku itu. Dorang sume buat2 xfaham dan terus mengambil cawan tersebut serta tinggalkan cawan2 yg lebih.....
Hendak dijadikan cerita, si guru menyampuk tentang satu perkara "Jika kamu lihat,sume cawan yg cantik dan mahal telah diambil oleh kamu semua, hanya yg tinggal cawan yang buruk dan murah.. Begitula lumrah kehidupan yg mana kita hanya memilih yg tercantik menurut pandangan mata, walhal itu la yg menjadi punca masalah dan tekanan dlm kehidupan kita ini...apa yg kamu perlukan yg sebenrnya adalah air bukan cawannya. Dalam tidak sedar kamu memilih cawan yg cantik sahaja" kata si guru.. Si guru menambah, kehidupan ibarat air manakala  kerja,wang ringgit, pangkat ibarat cawan yg berbagai bentuk dan warna..kalau kita hanya mnumpukan cawan kita tiada masa untuk menghargai dan menikmati air itu.." ujarnya....

Hamba tersedar dengan kisah berikut....bagaimana ngan tuan hamba sume...? peace yoo...

Sunday, October 3, 2010

salam 1 malaysia

asalamualaikum...tidak kira dimana kita berada ,bangsa apakah kita ,agama apakah kita atau siapakah kita, yang penting kita patut bersyukur yang kita berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan makmur di bumi bertuah ini...................